kidal photography





Thursday, June 16, 2016

HATI

Assalamualaikum . 

Aku perasan yang aku sudah jarang buka blog ne. Tulis sesuatu yang memang kebanyakannya memang dari lubuk hati. Hemm memang jarang sudah. 
Mungkin aku sudah tiada hati ataupun mungkin memang betul cakap-cakap orang sekeliling aku "shema kau ne macam tiada feeling".waitt ! like seriously feeling tuu perlu di kasih luah semua kah? fuhh . aku masih tidak dapat hadam benda yang satu nie. Biar orang kata apa, akuu jarang kesah.
kah sebab utama aku sudah tidak update blog ne pasal aku suda tiada idea? terlalu tua? berfikiran matang? choii ! orang tua pun ada tulis blog lahh. kisah cinta lagi uolls ! HAHAHA. 
*maw bagi contoh tidak sampai hati*
WALAOWEYH !
...............................................

see, akuu start blurr maw tulis apaa ?! errmm sudahlah 

SALAM RAMADHAN SEMUA .
*itu je lah*
*gambar sebagai hiasan*


p/s : tinggal beberapa minggu lagi kehidupan itu bakal berubah . tidak pasti cara untuk survive memandangkan aku pilih jalan yang aku impikan sebelum ne tapi lari jauh dari bidang aku . aku redha je lahh . 
p/s/s : tunggu entri baru untuk kau faham maksud aku . itu pun kalau aku masih rajin menulis . 

Thursday, February 25, 2016

moment .


moment .

to remembered or to forgotten ?
entahlah . 

banyak benda yang aku perlu fikir , terlalu banyak . 
sampai kalau kau boleh senaraikan dalam A4 paper, FULL . tiada ruang .

fikir family, fikir kawan, fikir mahu study, fikir cari kerja, fikir muet . 
cuba kau pecahkan setiap fikiran tuu . 
entahlah .

benda yang kau boleh ingat, yang sudah terbiasa,
benda tuu susah mahu lupa . serius cakap bruhh . 
mulut kau jaa cakap "oke bahh, chill."
otak kau cakap "biarlah tuu"
hati kau cakap apa ? hati.. hati..
entahlah .

tuu lah orang selalu post, 
"kalau kau diberi 1 peluang buat permintaan, apa kau mahu ?"
and aku akan cakap "aku boleh buat banyak permintaan dan semua dikabulkan"
fuhh.. tapi tuu lah . hemm . 
aku sebenarnya mahu apa yang buat aku happy tuu datang balik jaa . 
semua benda lah . 

"each things"
.
.
.
...............................................................................

terselit juga moment yang ini untuk awal 2K16 aku :) 


Conversational English Class 2016



Holiday Trip




Kem Kepimpinan PeII

*akak yang lebih rajin dari mat bangla*


*muka bahagia fasi*



...

Wednesday, January 13, 2016

2K16


masih belum sangat lewat untuk 
Hello 2K16 .
blog aku sekarang tidak perlukan traffic suda, aku hanya perlu tulis apa yang aku ingin tulis .
no heart feeling, hati happy, fikiran pun free jaa . 
*malas fikir banyak benda*
azam tahun baru, tiada. sebab azam tahun lepas punya lepas pun belum langsai. doa aku,
 family members aku sentiasa ada dengan aku selalu, murah rezeki, kesihatan baik semua lah. 

ohh yaa , class Conversational English Course aku suda habis, tinggal lagi closing ceremony yang belum tahu tarikh bila. aku harap lah bukan time aku holiday. habis sudah baru rindu. memang manusia begitu lah kan, bila suda tiada, baru mahu cari. time ada depan mata, buat tidak tahuu.. 
banyak benda yang mungkin aku akan tulis untuk 2016. walaupun belum tahu apa, 
harap journey untuk tahun ni lagi best cabaran dia. 

2015 sangat banyak memories yang memang aku hitung satusatu sampai esok belum confirm habis. 
tapi trimas lah sesiapa yang sudah mengisi tahun 2015 aku. family, kawan, lawan semua pun ada memori tersendiri. dari kita mahu ambik peduli semua hal tuu atau idak jak . 

enteri sebelum ni aku bercerita dengan agak ghairah, ermm.. maksud aku semua benda mahu kena story. tapi aku tidak boleh tipu sebab itu memang aku. kalau rasa memang menyusahkan, tidak perlu ambik peduli pun. aku tidak kisah. banyak hal lagi aku perlu fikir dari kisah apa kamu fikir pasal tulisan aku di blog ni. 

aku sebenarnya tidak tahu mahu tulis apa lagi, harap semua baik saja untuk tahun ini, kalau ada yang baca, tolong lah percaya aku sayang kamu. miscommunication.. entahlah .

kbaii . 



Thursday, November 5, 2015

Convocation UTM 55


sekian lama aku menanti saat kerajinan tiba untuk update blog nie , 
akhirnya aku update . 
*walaupun benda ne dah 1 minggu 4 hari berlalu*
HARRY POTTER DAY
*26102015*


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, 
setelah 3 tahun bertungkus lumus hadap semua benda yang
 pertama kali jumpa dalam hidup , 
kalau yang pernah baca entri yang lepas-lepas pun akan tahu hidup susah 
dalam course yang aku ambik ne, akhirnya aku jumpa jalan penamat yang sempurna . 
*walau tidak sempurna di mata mereka, aku cukup bersyukur Ya Allah*

Dengan cgpa tiga point satu lima , 
*aku malu tulis dalam bentuk angkah . kecik sangat . huhu*
akhirnya genggaman aku kuat untuk pegang segulung  
Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) Francais KYS-UTM .
*lap air mata kejap . perit belajar weyy ! *

Trimas lecturer yang pernah ajar aku dari semester satu sampai lima,
*senarai pendek*
Mdm Mas, Mdm Azzura, Mdm Zana, Ustaz Musainie, Miss Asmizah, 
Mdm Siti (lovely PA),Mdm Jus, Mdm Lydia, Miss Jie Bam, Miss Cherane,
 Sir Chen, Sir Nick, Mdm Ziah, Mdm Rosinah,Sir Harlod, Sir Lau, 
Miss Nabila, Ustazah Mazni, Miss Nurul & Mdm Nanie .
tidak lupa juga penyelia aku time buat intern, Puan Jenny . 
Trimas bagi berkat ilmu yang diberi.

Tanpa kawan yang support aku dari awal semester juga tidak akan lupa , 
kita buat assignment sesama, project web sesama, 
jadi kluarga besar DDCDDPC yang support each other .
*banyak sangat kalau aku mention nama kamu sini . aku tahu kamu siapa, kamu tahu kamu siapa kan ;D *

Nampak macam aku lupa orang yang penting dalam hidup aku kan . 
No Way man ! aku manusia yang akan ingat jasa baik semua setiap kamu . 
termasuk mereka . FAMILY AKU
Trimas redhakan ilmu aku, trimas kerana faham aku , apa keperluan aku .
walaupun suatu ketika dulu aku paling menentang untuk sambung
 belajar dalam course yang bukan soul aku . sekarang aku faham . 
dan until now, aku masih berpegang satu ayat . 
"REDHA IBU BAPA PALING PERLU" 
dalam apa benda pun kau buat , redha mereka paling penting . 
aku peduli apa kau cakap aku anak manja . *dari kau yang disisih :P *


Trimas semua ! LOVE YOU ! 

*belanja sikit*







Trimas mama abah & abd fadzil

p/s : trimas Pacik Masri & family jaga kami dengan baik di sana . trimas Din & Daya tolong aku ambik jubah . 
trimas Faris kau tolong aku banyak benda . kau bagi aku semangat . Allah sayang kau .

Tuesday, August 25, 2015

Pengemis Masa

Hari demi hari kau rasa kosong 
Kosong tidak berteman .

Bukan berteman kawan
Tapi berteman orang kau sayang ,
Keluarga .

Mereka ada depan mata
Mata kau melihat
Tapi tidak merasa
Mungkin mereka memberi
Tapi kau tidak rasa 
Rasa tu pelik .

Pengemis masa
Ingin belas kasihan
Walau sedikit
Berilah waktu itu
Aku sangat perlu
Kerana aku merasa
Hidup yang semakin singkat
Aku tidak pasti
hidup mendatangku .

Biarlah 

Tuesday, July 7, 2015

Ujian Ramadhan


it's take a loooong time 
untuk aku update lagi blog aku nie dengan penuh 'keghairahan'.
mungkin aku sudah terlalu tua untuk terus 
berdamping dengan laman yang hanya aku mencarut seorang,
dan takda siapa kesah aku carut apa -.-"

pedulikan siapa yang layan aku untuk terus 
mencoret di sini . teruskan menyebar idea otak yang hampir karat . 

bila dihitung, sudah hampir sebulan kita berpuasa . 
dan malam ini juga ada antara 10 malam terakhir dalam bulan ramadhan 
*mungkin malam nie malam lailatulqadar kita tak tahu kan ;)
ujian untuk kita dalam bulan ramadhan nie memang tidak akan lepas . 
mana nak fikir lapar , lapar , lapar . choiiii ! 

nyata itu antara ujian Allah yang jelas dalam bulan yang mulia nie . 
apa lagi jenis ujian Allah yang kau kurang jelas ? habak mai.. 

ujian mata kau yang nampak manusia pelbagai karenah dekat bazar tuu . 
ujian telinga kau yang dengar org sebelah menyebelah kau 'menjual' . 
ujian mulut kau yang sikit lagi buka mulut pasal aib orang . 
ujian hati kau yang memang meronta-ronta 

"hoii ! jom lahh join depa citaa . syok tuu ! kau tak yah lahh cakap , 
kau dengar & bagi sedikit pendapat sudah lah 3:) "
*kau nampak jelas mainan syaitan di situ . 

bukan itu saja , 
ada yang diuji dengan kehilangan harta benda , 
kepapaan dalam meneruskan kehidupan ,
dan ada yang diuji dengan pemergian ahli keluarga .
jelas ujian Allah dalam bulan ramadhan .

kita sebagai hamba-Nya hanya perlu terus menempuh ujian yang diberikan.
tidak kira ia kecil atau besar , 
ianya meninggalkan kesan dalam atau hanya calar di hati ,
itu tetap ujian-Nya dan kita bukan siapa-siapa untuk menolak takdir . 

yakinlah disetiap ujian atau dugaan yang Allah berikan , 
sememangnya ada hikmah yang diberikan . 
Allah sedang menggantikannya dengan yang lebih baik . 

Wallahualam . 

" Dunia biarlah aku berpenat , 
akhirat tempat aku berehat . "


Thursday, June 11, 2015

Terengganu Trip .


kelamaan apakah ini ?!
aku last update blog nie tanggal 30 April .

and you know what, blog yang aku akan update hari ni
adalah cerita dari 2 minggu lepas . fuhh . 

ohh yeah !
nice trip , short journey , full of memories .
my holiday start from May,23rd until June,2nd .
totally fun bilaa banyak benda yang kau buat & tidak buat . HAHAHA . 

my first day was like PERGHHH ! 
May,23rd . 9:45pm . Setia City Mall
BUNKFACE xoxo . 



ini kes macam mimpi jadi nyata wey !
korang tahu kan aku gila dengan bunkface ni macam mana . 
sampai orang cakap "dorang suda tua . tukar lain lah" . 
hey you ! 
benda tuu tidak akan berlaku . tidak akan .
and yeah . for my second time jumpa bunkface,
peluang kedua tidak harus disia-siakan . 


orang cakap tidak dapat selfie depan, selfie tepi pun jadi lah . 
tidak dapat selfie Sam, selfie Youk pun jadi lah . HAHAHA . 
*happy e-day Youk ! 
siapa tak nak naik stagekan kalau dah bunkface pelawa . hehe . 
.
.
next and next and next day berlalu ,
akhirnya May,29th
Our journey ke Terengganu pun start . 
Shah Alam ke Temerloh ke Kemaman ke Dungun ke Kuala Terengganu . 
perjalanan mengambil masa 5 jam . Boleh sampai awal actually .
*jalan-jalan cari makan -..-"

Perjalanan yang lebih kepada makan tuu tersemat di kalbu . 
food lover di sini !
selama 2 hari *May,31st pulang sudah bah.
 dekat sana that was amazing ! 
yaa lah dah memang aku suka travel nie . 
lagi-lagi tempat yang aku boleh makan , ambik gambar banyak2
and banyak2 gambar tuu aku semadikan dekat sini . 

selfie sikit dengan mujahid :D







masjid kristal .

family selfie ;)


            gambar kalau post semua dalam blog nie,
tiada guna lagi album di facebook tuu . 
layan sana sudah lah kbaii !


p/s : 


Tiada lebih yang kami minta dari anda, cuma doa . 
#PrayforSabah
#gempaSabah
#lovesabah
#peaceSabah